Thursday 1 May 2014

Rants about SUKA

Susah penyakit hati ni. Erk. Penyakit hati? Apa tu? Cik Kuceng ada sakit ke?

Actually, term penyakit hati ni, aku letak untuk hati yang sentiasa teringat2 dengan benda yang buat kita asyik, sampai makan tak basah, minum tak lena. Eh?

Baru-baru ni, aku pun terkena kat penyakit hati ni. Ada sorang guy ni yang keep on making me think about him all day long. Sampai aku kadang2 tersengih2 sorang diri. Mesti korang pun penah kan? Takde? Eleh...tipu!

Nak kata aku rapat dengan dia, tak. Nak kata aku selalu cakap dengan dia, tak. Chat je pun penah, tapi tu pun sekerat dua. Tanya sepatah, jawab sepatah.

Tiba-tiba haritu masa orang main bola, aku terserempak dengan dia ni. He looked at me, nod, smiled, and said hi. Aduhai. Boleh jatuh aku time tu. Rasa macam scene drama, novel, semua ada.

Tambah lagi masa depa main, si dia ni score 2-3 kali nak habaq kat hampaa. Memang sangat cool la. Dah la dia ni jenis diam2, low profile je. Alahaii.

Penangan dia? Fuh. Sampai beberapa hari lepas tu dan sekarang. Dasyat kan? Kalau setakat macam tu pun dah macam ni sekali effect dia, hati aku memang serius dalam bahaya. Takut aku leka. Takut aku lalai. Tolong aku plis!

No comments:

Post a Comment