Wednesday 28 November 2012

KALER PUTEH: Kahwin tanpa kapel?

Assalamualaikum!

Hari ni aku mimpi something yg bagi aku sweet dream dan mimpi ni sangat unik dihati aku. Aku mimpi, aku kawen woi. Haha. Gile ah. Tapi, mimpi aku ni ada unsur drama sikit. Sebabnya, diawal mimpi aku, aku ada perasaan dengan seorang yang lain, Lelaki B dan kitorang memang saling mencintai la. Tapi, aku sedar2 je dalam mimpi aku, aku baru je lepas kawen dengan Lelaki A. Nama pun mimpi, jadi aku dapat rasa yg aku kawen walaupun majlis tu tak terjadi dalam mimpi tu. Aku rasa aku macam hilang memori skit sebelum tu and tuptup, aku baru je kawen. Aku tak kenal pun sapa Lelaki A tu. 

Jadi biasala, mesti la aku frust sebab aku suka kat Lelaki B, dan bukan kat Lelaki A. Aku walaupun aku ikot je suami aku (Lelaki A), aku still nak kat Lelaki B. Suami aku tahu, dan aku pun tak dapat sembunyi feeling aku yang aku suka kat Lelaki B. Opkos la suami aku sedeh kan. 

Then some events took place, dan somehow aku rasa kesetiaan aku kat suami aku lebih dari Lelaki B tadi. Suami aku punya keikhlasan dan kasih sayang dia buat aku jatuh cinta kat dia. Haha gila tol aku ni. Dan apabila lelaki B tak show pun yang dia akan berusaha memenangi aku balik, aku pun buat decision yang aku akan terus setia dengan suami aku. 

Part 2 of the story is more about my relationship with my husband. Dia punya rumah kat tepi pantai dan kitorang duduk cakap2 sambil tengok pemandangan sunset (fuh). Somehow dalam mimpi aku ni dia orang Kelantan (dasat la mimpi aku, orang negeri mana pun tau). Muka dia ada iras2 sorang artis raja lawak musim 6, CUIT, cuma versi puteh dan hensem skit lol. Dan dia sangat-sangat penyayang. Dari conversation dia, aku dapat tahu yang dia pernah terjumpa aku dulu dan pastu hati dia terpaut. Kemudian la dia masuk pinang aku dan kitorang kawen. Somehow, aku sangat sayang kat dia dalam mimpi tu sebab dia caring gila la. Macam rasa husband betul weih. Aku punya Usu pun ada gak dalam mimpi tu, dan dia cakap, husband aku ni sebenarnya non-muslim. Tapi dia masuk Islam. Makin la aku rasa, wah, memang dia ni betul-betul sayang kat aku la. 

Walaupun mimpi aku ni hanya permainan tidur, aku dapat rasakan betapa indahnya sesebuah perkahwinan tu. Dan walaupun cara yang aku terangkan kat korang ni buat cerita ni nampak childish, tak masuk akal dan sebagainya, sebab aku yang mengalami mimpi ni, aku rasa ianya sangat-sangat cantik. Mimpi ni macam sangat real dan aku dapat rasakan feeling kasih sayang tu betul2 involve. Aku lepas bangun tu, aku masih rasa attach kat mimpi tu, sampaikan sejam pastu aku still duduk dan termenung ingatkan mimpi tu. 

Ya Allah, betapa kuatnya kuasa Kau sampaikan dapat bagi hambamu ini mendalami sesuatu perasaan dan keindahan macam tu walaupun ianya tak berlaku betul2. Aku terfikir, mungkin ni caranya Allah nak cakap kat aku, tak perlu la kita kapel2 dulu. Tak perlu mengharap pada sesuatu perhubungan yang tak pasti dan gila nak kejar perkataan 'in a relationship' tu. Mungkin ramai yang macam aku, aku kadang2 teringat yang aku ni tak pernah kapel jadi aku rasa down sebab tak pernah lalui saat kapel tu. Tapi lepas tu mesti aku muhasabah diri aku balik.
Aku yakin, Allah sebenarnya nak jaga aku, biarla kapel pertama dalam hidup aku adalah setelah aku kawen pasni, dengan husband aku yang sah. Allah nak jaga aku untuk suami aku, kerana dia yang berhak dapat seorang isteri yang belum kena cuit dengan mana-mana lelakipun.

Apa yang aku dapat dari mimpi aku ni, sebenarnya 'kapel' setelah berkahwin ni nikmat dia sangat2 tinggi. Kita dapat go through apa yang orang berkapel dah lalui, tapi dengan bonusnya, dua-dua dapat pahala. Rasa macam a whole new world to explore, sebab masing2 tak kenal sangat dengan pasangan dia. Jadi tak la macam bored, dan rasa macam indah sangat perkahwinan tu. 
Macam dalam mimpi aku, walaupun aku kapel dengan Lelaki B, hubungan tu tak kemana kalau dah bukan jodoh kita. Sebaliknya, lelaki A yang aku tak pernah kenal sebelum ni jadi suami aku yang sah dalam mimpi tu.

Allah sebenarnya dah aturkan perjalanan hidup kita beserta dengan sapa jodoh kita kerana dia tahu itu yang terbaik untuk makhluknya. Sebaik mana pun kita merancang, lebih baik lagi rancangan Allah, kerana Dialah sebaik-baik Perancang. Alhamdulillah Ya Allah, sebab Engkau kurniakan aku mimpi yang sebegitu indah. Subhanallah. Terima kasih, Allah. 


'Husband' aku tu muka macam iras2 yang bowtie wrna oren tu (yang paling kiri). 
Tapi versi puteh dan hensemmmm lagi. 
Senyuman dia kot yang ada tempias2 sikit.



#MEOW-MEOW: Ibarat kisah si epal. Sebab dia nak orang lain ambik dia, dia sanggup rendahkan maruah dengan menjatuhkan diri. Tapi sebenarnya, si epal yang masih berangkai tu la yang paling berharga.

KALER PUTEH: Perang (Palestin vs Israel)

Assalamualaikum.

Entry ni ditaip dengan agak rasa was2 sikit. Sebab aku pun tak pasti feeling aku skrang ni, takut aku tersimpang dari agama aku tanpa aku sedari (nauzubillah). Mesti korang dah tau kan pasal Palestin dan Israel ni, right? 

Agama aku ajar tentang keamanan. Dan aku pasti bahawa takda sapa pun kat dunia ni betul-betul sukakan pertumpahan darah berlaku. Aku rasa ni suma salah faham antara satu sama lain, sebab manusia ada set of values yang berlainan. Apa yang ko rasa betul, tak semestinya kawan ko rasa betul. Apa yang cantik kat mata kau, mungkin ada yang tak setuju. Ada yang rasa Biru tu cantik, ada yang suka Hijau. Ko mungkin rasa benda tu penting kat ko, tapi kawan ko pulak rasa benda tu tak la sepenting apa yang dia rasa penting. Paham tak?

Aku tak faham kenapa seseorang tu sanggup bunuh seorang yang lain. Takkan mereka tak nampak dengan perbuatan mereka membunuh seseorang tu, betapa sedihnya insan lain yang ada dalam hidup orang yang mereka bunuh tu? Takkan mereka tak nampak, their actions of killing takkan mendatangkan manfaat pada sapa2 pun? Ya, mereka boleh jajah sesuatu tempat tu dan dapat meluaskan kawasan mereka, dan mungkin dapat menguasai ekonomi tempat tu. Tapi takkan mereka dah takda perasaan kemanusian lagi? Takkan mereka tak nampak yang peperangan dan pertumpahan darah tu hanya akan menyebabkan nyawa melayang dan tak boleh mengembalikan nyawa? 

Mereka yang dihantar untuk membunuh ini sebenarnya ingat yang diorang buat ni untuk keamanan negara mereka. Tapi takkan mereka tak nampak yang orang yang mereka bunuh ni terdiri dari orang yang tak mampu pertahankan diri mereka? Wanita, orang tua dan kanak-kanak, dan ada yang masih belum mencelikkan mata mereka lagi nak melihat dunia ni. 
Aku rasa punca utama adalah EGO masing-masing yang taknak mengaku salah. Mereka lihat mereka ini dipihak yang benar dan mereka ingat dengan memusnahkan pihak yang lain mereka akan dapat kebahagiaan dunia. Walaupun mungkin pernah terbit dalam hati mereka yang mereka salah, tapi disebabkan ego, tak ada yang nak mengalah dan meminta maaf. 

Sebenarnya, kalau korang perasan, kedua-dua pihak ingat mereka dipihak yang benar. Kalau di Malaysia, kita yakin bahawa rakyat Palestin di pihak yang benar dan mereka ditindas habis-habisan. Tapi kita perlu tahu yang realitinya, orang di AS dan Israel yakin bahawa mereka pun dipihak yang benar. Kalau korang sedar, ramai lagi orang kat AS percaya bahawa Israel yang mulanya ditindas oleh 'terrorist', dan bukannya rakyat Palestin. Mereka percaya yang rakyat Palestin memulakannya dahulu dan serang Israel. Aku tak tahu sebab I'm not in their shoe. Aku tak tinggal di Israel, dan aku jugak tak tinggal di Palestin. Jadi aku tak berhak cakap sapa yang betul sapa yang salah. Yang aku tahu keduanya merana sebab peperangan. 

See? Everyone has their own views regarding this matter. That's why my personal view is that semua ni salah faham. Aku akui, aku agak jahil, dan aku mintak maap sangat2 kat orang yang arif agama diluar sana. Aku jugak akui yang I don't have that much of knowledge regarding this whole war thing. Bukan aku nak kata yang kita ni salah, dan aku jugak tak kata mereka tu betul.   Semua orang akan rasa mereka di pihak yang benar, and this applies to these people too. 

Ok. Takyah la kita nak cerita sapa betul sapa tak. Sapa salah sapa benar. Yang tu rahsia Allah, kerana Dia yang Maha Bijaksana dan Maha Perancang. 

Tapi yang aku tahu, tak kira la sapa betul sapa tak, sapa menang sapa kalah, sapa ditindas dan sapa yang menindas, yang penting kita suma perlu realize yang these wars have to stop. Only stupid bloodshed and more innocent lives taken away will result from these wars. Country A serang country B, country B balas balik, then country C come to the rescue, country D tak puas hati, then country A serang lagi country B sebab counter attack dari diorang dan begitu seterusnya. See? This circle of wars will go on, and on. It will never stops. 
Sapa yang untung? Syaitan la. Sebab diorang dah berjaya buat anak Adam membunuh sesama sendiri dan jadik teman diorang dekat neraka jahanam nanti. Sungguh pandai diorang nak putar-belitkan kita untuk jadi musuh sesama sendiri. 

Tapi macam yang aku kata tadi, aku ni jahil dalam bab agama. Mungkin opinion aku ni terkeluar dari landasan agama (nauzubillah), ye la, sebab dalam peperangan ni, orang Islam menyebelahi pihak Palestin. Argh, aku tak tahu la. Yang aku tahu, aku nakkan keamanan dan tak ada kehilangan nyawa lagi berlaku.

 Islam adalah agama keamanan. Peperangan hanya boleh berlaku untuk mempertahankan agama dan diri mereka. Sekalipun peperangan berlaku, Islam ada peraturan yang perlu dipatuhi. Antaranya takleh lawan orang yang tak berdaya, orang yang mengaku kalah, takleh musnahkan tumbuhan, dan takleh mulakan peperangan. Banyak lagi la, nanti aku buat entry pasal peraturan perang dalam Islam ni. Okey?
Aku harap semua yang terlibat dalam perang ni mendapat hidayah untuk hentikan peperangan ni, baik pihak Israel dan pihak luar macam AS. Kita tak berhak nak tarik nyawa orang lain. Hanya Allah. 

Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah. Ya Allah, bantulah hamba mu ini. Jauhkanlah kami umatmu dari tipu daya dan fitnah syaitan. Amin Ya Rabbal Alamin. 


Waalaikummussalam



Aku sedih. Allah, bantulah saudara2 ku di sana. :'(