Tuesday 27 November 2012

KALER MERAH: Aku tak paham dengan lelaki

Assalamualaikum.

Tatkala aku menaip entry kali ni, aku dilanda perasaan serba salah, malu, konpius dan ada elemen marah sket terselit. 

Okey, aku penah tangkap cintan dengan sorang mamat ni. Tapi tak kapel la. Kira macam aku ada simpan feeling kat dia, or apa yg korang gelar sebagai crush. 
Ada masa nanti aku cita kat korang A sampai Z tentang dia ni. 

Kita namakan dia sebagai W. 
Stiap kali aku dan W bermesej, tak kira la di fesbuk or mesej, ada satu habit dia aku memang tak suka gle, iaitu membiarkan aku sebagai orang terakhir yg hanta mesej kat dia dan dia hilang macam tu ja. Wargh, geram gle aku. Aku paling tak suka kalau org wat kat aku camtu, buat aku rasa macam aku yang terhegeh2 sorang. Rasa malu lak time dia tak balas. Kalau berlaku camtu, mesti pelbagai persoalan timbul kat kepala hotak aku. 
Apasal dia tak balas?
Dia rasa aku tak lucu ke/annoying ke?
Dia takde feeling kat aku ke?
Dia sengaja bagi aku tertunggu2 ke?
Dia main tarik tali ke?
Dia sengaja nak memainkan feeling aku ke?

Warghhhh, tensen gle aku. Setiap kali camni la buat aku rasa murung gegile. Sampai penah aku rasa, heh. Perasaan aku dia dah over! Tapi, apa la aku ni. Aku tahu ni denial aku. Aku memang suka kat dia, dan bila dia tak balas aku rasa sedih sangat. At least cakapla waalaikummussalam..adios ke, nak tido dah ke. At least tak la aku macam orang bodoh tertunggu-tunggu dengan perasaan nebes nak mati. Feeling dia macam feeling orang luah perasaan pastu kena reject. Yes, ini la perkataan yang aku carik - rejection.

Tapi yang aku lagi tak suka, kalau dia dah tak suka aku tu, buat la cara tak suka. Ni setiap kali dia biar aku hanging macam tu, mesti lost contact seminggu atau kadang-kadang lebih. Tapi pastu mesti dia yang first mesej aku. Skalik je aku carik dia dulu. Time dia mesej aku tu, mesti aku akan dibelenggu perasaan konpius aku. Dia ni mainkan aku ke? 
Memang la mesej kitorang takde lep2 gitu, skadar borak kosong je. Tapi walaupun borak kosong camtu, buat aku rasa hepi sangat. Janganla mainkan perasaan hepi aku tu, boleh?

Yang paling aku benci dengan diri aku, walaupun seteruk mana pun layanan dia kat aku, aku sangat sayangkan dia.

Aku aherkan entry ni dengan satu nasihat kat kaum adam dan hawa di luar sana.
"Kalau takde rasa nak memetik, usah diusik bunga tu."
Paham tak
Maksud dia, kalau korang rasa korang takde perasaan kat orang tu, jangan la korang mainkan perasaan dia. Bende macam flirting, tarik-tali, dan sebagainya. Ni untuk kedua-dua, perempuan dan lelaki. Sebab korang tak tau, betapa hepinya dan sedihnya orang yang korang kacau2 tu kalau dia tahu dia dipermainkan.

# MEOW-MEOW: Meowwwwww :(

perasaan aku ni kejap up, kejap down. sob sob





No comments:

Post a Comment