Thursday 22 November 2012

KALER HITAM: Kisah Aku dan Blog?

Assalamualaikum.

Warning sikit, penggunaan bahasa melayu yang aku gunakan dalam blog aku takleh diguna utk jawab penulisan ketas ujian bahasa melayu. Sekian, harap maklum. 

Hahh, aku rasa ni dah masok kali ke brapa ratus ntah aku buat blog. Dan kesemua blog aku tu tak sampai mana nyawa dia. Post pun stakat satu (dua la paling banyak), pastu takda selera aku nak sambung. Hua2. 

Dan opkos, setiap blog baru bermakna terciptanya e-mel2 baru aku. Dan sebab tu jugakla kebanyakkan password2 blog beserta e-mel aku tu aku dah lupa. Baru aku prasan yang aku la rupa2nya salah sorang penyumbang emel yahoo blambak yang tak ektif wujud di muka bumi ini. 

Semestinya stiap kali aku buat blog baru, ianya akan disertai dengan semangat waja seorang penyapu baru berbekalkan keazaman utk buat blog yang femes ala-ala blogserius (aku jarang la tengok blog2 ni, ni ja nama yg aku tahu)
Or maybe cipta blog yang jana duit ribu-ribu tu. Ala, yang diorang dok tulis dalam newspaper tu. Tapi disebabkan blog yang aku buat tu rasa-rasanya aku sorang je yang baca kot, maka terbatal la hasrat tu. Setakat post dua tiga ketol tu sapa la yang nak baca. Isi pun ntah apa-apa ntah. Heh

Apasal agaknya ek aku punya blog kompem tak menjadi? As in apsal aku takde idea nak tulis. Ke aku sebenanya terlampau banyak idea sampai satu hapa pun tak jadik? Walaupun aku bagi persoalan cepu tak berapa nak mas kat korang, aku sndirik sebenanya tahu apasal. Meh aku share. Taknak tau takpa, aku tetap nak bagi tau gak untuk self-satisfaction aku ekeke. 

Aku rasa ramai yang tahu apa sebabnya. 
Sebabnyaaaa, aku rasa blog ni walaupun salah satu function dia adalah untuk freedom of thoughts and voice, aku rasa benda ni still terlalu public kalau nak bukak cerita pasal diri sendiri. Ya la, kadang-kadang bebudak U sendirik yang suka singgah2 blog orang ni. Kalau aku expose banyak kisah aku macam buat diari sendirik, mampusla aku. Orang puteh cakap, takde privacy. Betol kan? Ye ke? Ke aku sorang yang rasa macam ni

Tapi masalahnya, seperti homo-sapien yang len, aku pun suka tulis pasal diri aku sendiri. Dah tu ja yang aku arif. Nak suroh aku tulis pasal cara-cara masak udang kara cicah megi perisa kari, tak pasal2 aku pulak ditudoh cubaan membunuh tanpa niat. Nak buat blog jual2 barang ni, belum masanya lagi kott. Sedangkan nak customize blog sendirik lagi aku tak reti (yang design sekarang ni pun ambek 3 jam lebih, terima kasih kepada incik google yang rajin meng-crashkan dirinya), apatah lagi aku nak buat blog meniaga. 

Setelah beberapa tahun aku berenti buat blog yang sekadar tambah trafik memori dalam internet, aku rasa biarla aku buat apa yang nak. Aku nak jugak buat blog ni macam diari. Hahaha. Pedulik apa aku crita hidup aku ni best ke dak. Setiap individu itu unik, dan aku pasti walaupun kadang2 hidup aku mendatar, banyak jugak events dalam hidup aku yang membentuk diri aku menjadi insan hari ini. Cewah

Cuma yang bezanya kali ni, biarla identiti aku dirahsiakan. Misterius gituu. Walaupun blog aku hanya aku dgn Mark Zukerberg yang baca, aku rasa aku lebih selesa buat macam ni. Orait? Oraitttt



Kuceng Nyan-Nyan yang korang tengok kat Youtube tu
Ni bukan hakmilik aku, aku pinjam dari google imej je.
 Len kali aku nak try wat kuceng sendirik utk gamba aku okey?


# MEOW-MEOW : Tengok la berapa lama blog ni pulak tahanKuikuikuiii





No comments:

Post a Comment