Friday 23 November 2012

KALER HITAM: Kaler-Kaler Hidupku

Assalamualaikum. 
Ni saja je pemberitahuan or short note kepada sapa-sapa yang baru nak baca blog aku. Sebelum tu, tahniah la aku ucapkan sebab korang tersesat masok ke blog aku ni. Memang dah jodoh ampa la jumpa aku ne. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa itu kaler
Kaler tu sejenis reptilia Mongolia yang suka bermain harmonica. Nama omputeh beliau adalah colour. Sebut betul-betul adik2~ Colour. Nama tanah melayu dia pulak adalah warna-warna cinta di hari raya. 

Dalam blog aku, aku dah categorizekan kaler-kaler tersebut sebagai tag aku. Senang la aku nak bagitau cerita yang aku tules ni dia cerita seriyes ka, sedeh ka, cinta ka (ceh). Aaa, gitu la. 

Jadi, let's refer to the categories below! (Ni sebenanya aku baru ja reka. wakaka)

1. Kaler Hitam   - Ni aku letak fakta-fakta la. Like what omputeh punya peribahasa, "black and white". Kalau tak paham maksud dia. kira macam fakta la. Atau pemberitahuan pasal blog ni.

2. Kaler Puteh   - Ni pulak aku letak ruangan spiritual or kerohanian. Apa isu-isu yang bekaitan dengan agama aku tarok ikot sini. Apa2 ja yang menarik perhatian aku. Hadis ka, kata-kata nasehat dari aku sendirik ka, ulamak ka. Semua la. Tapi banyak orang cakap ruangan macam ni boring, buhsan dan sebagainya. Haaa, aku punya tak. Aku yakin korang akan paham apa yang aku cuba sampaikan dalam ruangan ni. 

3. Kaler Merah  - kisah cinta aku. wakaka. jiwang sungguh incik kuceng ye. Bahagian ni kalau korang takyah baca lagi bagus. Sebab kisah dia sadis2 belaka haha. Kira macam diari aku la. 

4. Kaler Kuning - Aku tarok gamba-gamba la sini. Sebab aku takdak idea lagi nak letak apa.

5. Kaler Biru      - Kalau sebut biru, dan korang berkerakyatan Malaysia, kompem korang tau biru tu bawak maksud apa. (kalau tak tau, sila pindah ke zimbabwe sekarang). Biru tu melambangkan perpaduan. Jadi kaler biru ni aku akan buat rant pasal Malaysia la. rakyat dia, hal2 semasa. etc. 

6. Kaler Hijau    -  Resepi masakan beginner

7. Kaler Oren    - Sebab nama blog aku kan kuceng berkaler, maka aku ciptakan khas ruang ni untok peminat-peminat kuceng yang tegar. Sebab aku pun suka kuceng, maka kompem la aku pon ada bela sekor dua. Leh la aku uplod pic2 hensem ala-ala Tony Eusoff diorang kat cini. hihihik

Orait, banyak sangat kaler aku pon kompius. kalau aku kompius apatah lagi korang, ye dak? Cukup la tujuh. Tak bek tamak


Pelangi pon ada tujuh kaler        


# MEOW-MEOW : Senangla aku refer balek. Sebab aku pon tak ingat. Huahua







No comments:

Post a Comment