Friday 23 November 2012

KALER MERAH: Ambik Lesen bahagian 1

Assalamualaikum. Peace be upon to you. 

Sempena cuti yang panjang ni, aku diberikan offer oleh bapak aku untuk amek lesen moto. Jadi, dengan warasnya aku accept offer dia (mana nak dapat RM seribu lebih tuu). 
Aku agak terkezut la. Bukan apa, adek bradek aku suma buat lesen masa diorang lepas habis atau tahun akhir universiti diorang. Jadi aku expect aku pun sama la, sebab mende macam henpon dan leptop aku terima pada umor diorang terima dulu. (kitorang agak konservetip skit). 

Aku pada tahun ni memang bercadang nak amek lesen, tapi aku tak bagitau la kat bapak aku. Aku cakap macam2 tu ja kat mak aku, dan seperti biasa, mak aku akan bagitau kat bapak aku la. Susah la takda kenderaan ni. Asik jalan ja mati la aku. Mende ni paling penting kalau ada errand or nak carik bende pakai blaja. Alhamdulillah la aku sekarang pun tengah nak buat lesen. 

Aku sebenanya tak la eksaited macam orang len amek lesen. Aku lebih suka jadik penumpang tak bertauliah dari drive sendirik. Jadi aku pun tak 'hu-ha'2 la kat orang len kat fesbuk nu. Biar aku pass dulu smua baru aku kasi tau. Malu wei lau cakap aku amek lesen tapi tak pass2, macam ada sorang kawan aku tu. 

Mula-mula bapak aku offer lesen kereta ja. Tapi aku buat muka ala-ala kuceng kiut dalam cita Shrek tu, bapak aku bagi la aku amek dua-dua lesen (2 in 1, lesen motosikal ngan kereta). Aku bukannya apa, aku takut kalau ada emergency. Kalau time tu motosikal ja yang ada, takkan la aku nak berlari pakai kaki. 

Anyway, aku dah habis dah kursus KKP ni. KKP ni kira dengar kuliah 5jam la pasal overall driving macam keselamatan, tanda2 jalan, cara elak kemalangan. Nasib tak boring, sebab dia punya instructor tu ada lawak sket. Dan nasib jugak la ada sorang mamat ensem kat kelas tu. kuikuikui. Muka dia ada iras-iras Jehan Miskin youu. Hengseng. Dia la satu-satunya sumber inspirasi aku kat dalam kelas tu, sebab kalu takdak dia kompem aku buat muka sposen ja 5jam tu. Yang besnya sebab aku prasan dia ada dok tengok2 aku jugak. (Maap, saya sungguh perasan). 

Ok, sudah-sudah la aku cita pasal mamat Jehan Miskin tu. Berbalik kepada episod aku amek lesen ni, lepas KKP tu aku tros g hapal maklumat-maklumat yang akan diuji dalam tabletest tu nantik. Rajin sungguh aku. Kalau nak lulus ujian teori ni, kena dapat 42 per 50 soalan dan ke atas. Abang dan kakak aku suma lulus, kalau aku gagal malu la wei. Kena baya lagi. Seminggu tu la aku baca-baca and buat latihan tubi. 

Kalau nak amek tabletest ni, actually boleh ja dalam masa 2 tahun lepas belajar kelas KKP tu. Tapi aku nak cepat, aku amek lepas 5 hari ja. On the day, aku dengan comelnya pegi la ambek test teori tu. Ramai wo orang amek test. Patut la jalan jem, rupa-rupanya hari-hari orang buat lesen moto. Isk2. 

Masa yang diorang peruntukkan tu ada 45minit kalau tak silap aku. Masa tengah tunggu turn tu, aku tengok orang len suma gunakan 45minit tu, baru keluar dari bilik. Aku ingat wajib tunggu lama tu. Check2, boleh ja keluar awal. Aku pun apa lagi la, lepas 21 minit, aku blah. Aku jawab habis dalam ada la 10 minit. Sepuloh minit lagi aku semak balik la, takut orang cakap aku over konpiden keluar awal. Masa aku keluar dari bilik tu, orang yang masuk sebelum aku pun belum habis. Takut jugak aku tak lepas wei. 

Alhamdulillah, aku dapat 49/50. Satu jek salah. Huhu. Yang buat aku sakit ati, aku tak tau pulak apa yang salah. Aku rasa macam suma ja betol (ceh). Aku siap rasa incik komputer tu yang dengki kat aku taknak bagi aku betol suma. Tapi tak apa la, bukan rezeki aku. Janji aku lulus kan? Alhamdulillah sekali lagik, takyah bapak aku kluar duit lebih. 

Lepas ni aku ada bengkel pulak. Hari Sabtu bengkel motosikal, hari Ahad bengkel kereta. Aku clueless apa yang aku belaja esok. Nanti la aku update. Adios muchachos.


Harap-harap la aku tak jadik camni. Isk isk.


# MEOW-MEOW: Aku mana penah bawak moto. Kesian la instructor aku pas ni



No comments:

Post a Comment