Wednesday 28 November 2012

KALER PUTEH: Kahwin tanpa kapel?

Assalamualaikum!

Hari ni aku mimpi something yg bagi aku sweet dream dan mimpi ni sangat unik dihati aku. Aku mimpi, aku kawen woi. Haha. Gile ah. Tapi, mimpi aku ni ada unsur drama sikit. Sebabnya, diawal mimpi aku, aku ada perasaan dengan seorang yang lain, Lelaki B dan kitorang memang saling mencintai la. Tapi, aku sedar2 je dalam mimpi aku, aku baru je lepas kawen dengan Lelaki A. Nama pun mimpi, jadi aku dapat rasa yg aku kawen walaupun majlis tu tak terjadi dalam mimpi tu. Aku rasa aku macam hilang memori skit sebelum tu and tuptup, aku baru je kawen. Aku tak kenal pun sapa Lelaki A tu. 

Jadi biasala, mesti la aku frust sebab aku suka kat Lelaki B, dan bukan kat Lelaki A. Aku walaupun aku ikot je suami aku (Lelaki A), aku still nak kat Lelaki B. Suami aku tahu, dan aku pun tak dapat sembunyi feeling aku yang aku suka kat Lelaki B. Opkos la suami aku sedeh kan. 

Then some events took place, dan somehow aku rasa kesetiaan aku kat suami aku lebih dari Lelaki B tadi. Suami aku punya keikhlasan dan kasih sayang dia buat aku jatuh cinta kat dia. Haha gila tol aku ni. Dan apabila lelaki B tak show pun yang dia akan berusaha memenangi aku balik, aku pun buat decision yang aku akan terus setia dengan suami aku. 

Part 2 of the story is more about my relationship with my husband. Dia punya rumah kat tepi pantai dan kitorang duduk cakap2 sambil tengok pemandangan sunset (fuh). Somehow dalam mimpi aku ni dia orang Kelantan (dasat la mimpi aku, orang negeri mana pun tau). Muka dia ada iras2 sorang artis raja lawak musim 6, CUIT, cuma versi puteh dan hensem skit lol. Dan dia sangat-sangat penyayang. Dari conversation dia, aku dapat tahu yang dia pernah terjumpa aku dulu dan pastu hati dia terpaut. Kemudian la dia masuk pinang aku dan kitorang kawen. Somehow, aku sangat sayang kat dia dalam mimpi tu sebab dia caring gila la. Macam rasa husband betul weih. Aku punya Usu pun ada gak dalam mimpi tu, dan dia cakap, husband aku ni sebenarnya non-muslim. Tapi dia masuk Islam. Makin la aku rasa, wah, memang dia ni betul-betul sayang kat aku la. 

Walaupun mimpi aku ni hanya permainan tidur, aku dapat rasakan betapa indahnya sesebuah perkahwinan tu. Dan walaupun cara yang aku terangkan kat korang ni buat cerita ni nampak childish, tak masuk akal dan sebagainya, sebab aku yang mengalami mimpi ni, aku rasa ianya sangat-sangat cantik. Mimpi ni macam sangat real dan aku dapat rasakan feeling kasih sayang tu betul2 involve. Aku lepas bangun tu, aku masih rasa attach kat mimpi tu, sampaikan sejam pastu aku still duduk dan termenung ingatkan mimpi tu. 

Ya Allah, betapa kuatnya kuasa Kau sampaikan dapat bagi hambamu ini mendalami sesuatu perasaan dan keindahan macam tu walaupun ianya tak berlaku betul2. Aku terfikir, mungkin ni caranya Allah nak cakap kat aku, tak perlu la kita kapel2 dulu. Tak perlu mengharap pada sesuatu perhubungan yang tak pasti dan gila nak kejar perkataan 'in a relationship' tu. Mungkin ramai yang macam aku, aku kadang2 teringat yang aku ni tak pernah kapel jadi aku rasa down sebab tak pernah lalui saat kapel tu. Tapi lepas tu mesti aku muhasabah diri aku balik.
Aku yakin, Allah sebenarnya nak jaga aku, biarla kapel pertama dalam hidup aku adalah setelah aku kawen pasni, dengan husband aku yang sah. Allah nak jaga aku untuk suami aku, kerana dia yang berhak dapat seorang isteri yang belum kena cuit dengan mana-mana lelakipun.

Apa yang aku dapat dari mimpi aku ni, sebenarnya 'kapel' setelah berkahwin ni nikmat dia sangat2 tinggi. Kita dapat go through apa yang orang berkapel dah lalui, tapi dengan bonusnya, dua-dua dapat pahala. Rasa macam a whole new world to explore, sebab masing2 tak kenal sangat dengan pasangan dia. Jadi tak la macam bored, dan rasa macam indah sangat perkahwinan tu. 
Macam dalam mimpi aku, walaupun aku kapel dengan Lelaki B, hubungan tu tak kemana kalau dah bukan jodoh kita. Sebaliknya, lelaki A yang aku tak pernah kenal sebelum ni jadi suami aku yang sah dalam mimpi tu.

Allah sebenarnya dah aturkan perjalanan hidup kita beserta dengan sapa jodoh kita kerana dia tahu itu yang terbaik untuk makhluknya. Sebaik mana pun kita merancang, lebih baik lagi rancangan Allah, kerana Dialah sebaik-baik Perancang. Alhamdulillah Ya Allah, sebab Engkau kurniakan aku mimpi yang sebegitu indah. Subhanallah. Terima kasih, Allah. 


'Husband' aku tu muka macam iras2 yang bowtie wrna oren tu (yang paling kiri). 
Tapi versi puteh dan hensemmmm lagi. 
Senyuman dia kot yang ada tempias2 sikit.



#MEOW-MEOW: Ibarat kisah si epal. Sebab dia nak orang lain ambik dia, dia sanggup rendahkan maruah dengan menjatuhkan diri. Tapi sebenarnya, si epal yang masih berangkai tu la yang paling berharga.

No comments:

Post a Comment