Saturday 24 November 2012

KALER MERAH: Ambik lesen bahagian 2

Assalamualaikum. Peace be upon to you. 

Hai yu olls~!! Macam aku dah mentioned dalam aku punya entry yesterday, hari ni aku nak update pasal event ambik lesen motosikal yang aku alami ari ni. 

Kelas bengkel start pukol 9 camtu ah, walaupun 8 lebih aku dah terpacak depan skolah memandu tu. Kelas tu ada 3 sesi. First sesi dia tak la pulak macam dengar penerangan bab-bab moto yang aku expect dia akan ajar macam kelas 'mari mengenali bahagian moto'
Aku harap sangat dia bukak topik tu sebab aku satu hapa pun tak tau pasal moto. Tapi malangnya nasibku, si incik instructor tu hanya cita pasal apa yang calon akan ditest masa JPJ test nantik. 

Jadi aku tunggu la sesi 2 dgn harapan diorang aja cara bawak moto. Cek2 dia kasik demo JPJ test pastu suroh sapa-sapa yang nak test boleh try. Aku buat muka sposen. Alahaiii incik instructor. Aku bawak moto pun tak pandai, ko suroh bawak try test siap la moto kau pasni. Sesi kedua tu aku banyak tengok ja la. Dah bawak moto aku tak pandai.
 Aku pun berharap la sesi 3 dia akan start ajar aku bawak.

Sesi 3 datang. Tak jugakk. Lebih kurang sama la dengan sesi 2 tadi. Dia suroh calon yang len pi try test. Masa tu ada la 8 calon. Orang len suma pandai, aku ja yang bangku. 
So aku cakap la kat dia, 'incik, saya tak pandai bawak moto, macam mana?'
Boleh lak dia balas 'Mana saya tau. Awak refer la kat cekgu yang ajar awak.' 
 I mean, that's something to be expected la kan? Nama pun masok kelas belajar memandu, takkan la dia leh expect suma orang dah terer. Buat apa la g masok kelas cenggitu? Kantoi la oi, sapa yang terer bawak moto penah bawak takdak lesen (sila terase ye). 

Pastu incik tu blah, sebab dia nak ajar student dia yang bawak kereta. Boleh pulakk. Apa lagi, aku text la cekgu aku, Madam M. 
Aku tanya dia, 'cegu tak ajar cara bawak moto dlu ke?'.
Madam M reply sapa nama instructor yang demo tu
Sebab aku tak tau, aku pegi la ke instructor tu tanya nama dia. 
Tau pulak dia nak gelabah cakap, 'ehh. jangan bagi tau cekgu awak dulu. nanti dia marah saya. takpa, lepas ni saya ajar awak'. 
Hok alohh. Dia yang soh aku p tanya kat cekgu aku, aku tanya la. Sapa suroh nak men lepas tanggungjawab gitu ja. 

Aku pun tunggu punya tunggu. Kelas tadi start pukol 1.30pm. Dia start ajar aku nak dekat pukol 3.30pm. Jadi tempoh masa tu aku touching2 la sorang tengok bebudak lain terer bawak moto. Hukhuk. Nasib geng yang sama turun kursus aku tadi suma baik ngan sporting. Sorang siap cakap lagi mana p cekgu yang kata nak ajar aku tu, takkan nak buang masa aku macam tu ja. Yang len pun siap nak bagi tunjuk ajar kat aku dulu cara nak start moto dan sebagainya. Terharu wei. Haha

Tak apa la incik instructor. Aku paham dia pun ada keja len nak buat. Aku redha. Haha. Lepas tu bermula la siri pembelajaran aku pada pukul 3.30pm tersebut. Dia tunjok mana nak brek, pulas minyak. Nasib aku ada blaja sikit dari yang bebudak lain tadi cara nak tuka gear. Alhamdulillah, tak lama aku blaja, pastu pandai dah bawak sikit-sikit dari tak tau langsung.
At least aku tak jatuh tergolek lagi la (tak mintak okeh)
Aku round-round bahagian test yang senang dulu macam zig zag dan jalan lurus. Lepas aku dapat, yang len ajak la aku main titian silaturrahim tu. Titi tu kena lalu lebih 7 saat baru pass masa test JPJ. First try tak jadik haha. Aku punya moto tak balance, trus kluar dari titi. Alhamdulillah seken ngan third time aku dapat lalu dalam 9 saat camtu. Tu pun bergegaq lutut aku. Pusingan bentuk '8' tu pun aku dapat. Emergency break ngan titi tu ja la aku tak pasti lagi. Aku harap la latihan aku lepas dapat L tu dapat tolong aku. Aminn

Yang best nya weiii, aku rasa hari ni aku berjaya tambah social skill aku. Hahaha. Aku punya social skill punya la teruk tahap malu-malu cipan. Aku bukan la jenis yang talkative sangat, tapi aku dapat dibawak borak KALAU orang tu pandai initiate perbualan. Ni la masalah aku. Aku tak reti sangat nak bawak topik ni. Tapi kalau orang tu jenis yang pandai bawak orang berbual, aku sukaaa sangat sebab tak la susah aku nak pikir nak cakap apa. Macam orang kata, ada orang yang kita 'connect'. Kira sama kepala la. Jadi banyak masa aku suka diam ja la.

Tapi hari ni, aku terjumpa sorang senior aku dulu. Aku mana pernah cakap dengan bebudak laki sebelum ni (jarang la), so apatah lagi la dia. Aku kenal pun dekat fb ja tapi tak pernah say hi. Aku prasan dia ni masa bengkel sesi 1 tu. Muka macam aku kenal tapi tak pasti la pulak, so aku tak la cakap apa-apa. 
Lepas abis sesi 1 tu, tiba-tiba dia yang start tegur aku. Aku namakan dia sebagai abang friendly la ye senang skit korang follow. Abg friendly ni memang tersangat-sangat la friendly. Dia la orang pes yang aku jumpa sangat ramah macam ni. Masa cakap cakap tu aku pun sangat kagum macam mana dia boleh socialize macam ni (jeles la jugak). 
Aku prasan yang dia ni sangat ambitious dan tulus ikhlas dalam bidang yang dia ambik. Aku doakan la supaya dia dpt jadik individu yg sukses dlm bidang beliau. Susah nak carik orang yang betul-betul ikhlas dalam pekerjaan tau. Trimas la sebab ari ni aku berjaya cakap dalam tempoh masa yang lama dengan insan bergelar lelaki. haha

Lepas tu, aku pun suka la dengan bebudak yang sama ambik sesi 3 tu (sesi ni ada 8 orang ja).  Diorang pun frenli, lawak dan baek baek macam yang aku terangkan kat atas tadi tu. Yang perempuan memang peramah & nice, dan yang laki-laki (ada dalam 3,4 orang) memang lawak la. Sorang tu ketawa ja kerja dia. Sorang pulak caer weh, sebab dia baek gle dalam nak soh aku blaja bawak moto ni. Sorang lagi muka puteh gle, dan aku mula mula ingat dia warganegara asing. Yang wat aku tertarik adalah mata dia, sebab coklet muda yang betul-betul cerah. Innocent gle muka dia
Overall, aku suka diorang. Walaupun aku tak banyak join diorang cakap, aku terharu sebab diorang sudi ajar aku sikit2 cara bawak moto and buat kursus ni tak boring sangat. Trimass

Esok bengkel kete lak. Macam mana la nasib aku esok. Heh



beruk pun pandai bawak moto. aku?


# MEOW-MEOW: Best jugak bawak moto ni rupanya. Can't wait for my upcoming lesson after I received my 'L' 

No comments:

Post a Comment