Monday, 17 December 2012

KALER MERAH:Ambik lesen Bahagian 7

Assalamualaikum yu olls. Ohai blogku yg shomel. Hiks

First of all, aku nak admit yg aku baru je check blog aku sbb tak tau nak letak bahagian berapa dah. Dah mcm siri drama korea byk sgt episod. Oh well, life is short so it won't matter how many pieces of these i'm typing down. Ceh

Hari ni hari Isnin (17/12). Bersamaan jam ke 5 aku belajar kereta dan jam ke 3,4 aku bawak motosikal. Hari ni pergi on the road dan training kat litar

Awal2 lagi aku sebenarnya tak dengar instruction Cikgu aku. Aku ingat dia soh bawak ke litar yang banyak papan tanda tu. Setelah aku bawak pusing2, aku tengok dia pergi kat aku. 
Aiseh, aku tahu memang aku ada wat salah la ni. Dia cakap bawak jalan2 ke?
Dia soh pegi prektis parking dan 3 point turning bukan bawak kat litar besar. Bahahhahaa. Malu siotttt. Kalu boleh aku nak kambus muka aku lam dashboard.
Dah la selamba badak aku bawak pusing lama2 dalam litar tu. *blushing* 

Summary prektis ari ni dan benda yang aku belajar 
ON THE ROAD:
1. Jangan SALAH tukar gear masa bawak on the road. (sebab aku oberkonpiden kut, aku tersalah tukar masuk gear. dari gear 2 nak ke 3, aku ingat dah masuk, rupa2nya aku termasuk ke gear 1). Kalau berlaku benda camni, dia akan ada bunyi-bunyi, so the solution is to shift the gear to where it's supposed to be. 
2. Jangan lupa tukar GEAR 1 kalau nak bergerak setelah BERHENTI. (kete aku mati enjin first time on the road sebab aku lupa nak masuk gear 1 tapi straight guna gear 2)
3. WAJIB BERHENTI kat simpang/nak masuk simpang, regardless ade kete ke tak.
4. Signal, gear, brake, berhenti. neutral. masuk gear 1, masuk simpang
5. Ko kena tunggu kete limpas ko dulu kalau diorang dekat. Sebab hari ni aku tersangat berani nak kuar dulu sebab sebelum ni aku tersangat penakut. 

BUKIT
Aku still tak dapat cari titik nak berhenti dalam kawasan kuning. Sigh. Aku nak eksperimen lagi hari rabu ni. 


LITAR - PARKING
Ada akak sebelum aku terlanggar tiang kat depan parking tu. And tiang tu sangatla penting sebab benda tu yang dijadikan penanda nak masuk. Adoi. Aku tawakal je la redah parking tadi. Nasibbbb aku dapat masuk parking. Syukurrr. Huhu. Ni la salah satu benda yang aku rasa teramat penting. Kita takleh nak depend dengan penanda yang cekgu bagi je. Sebab realitinya nanti, mana ada penanda macam ni kat tempat parking luar nu cik abang akak oi. 

Dapatan aku hari ni hasil analisis aku.
1. Boleh guna tiang kedua untuk estimate.
2. Berhenti asalkan sejengkal sebelum cermin belakang.
3. Ikot feel ko. Ko ada sejenis instinct yang benda tu akan lepas. aku tak tau la orang lain dapat rasa, tapi one day u'll find it. speaking london la kunun


3 POINT TURNING
Sebenarnya aku kat rumah asyik terpikir benda ni. Adakah aku akan terundur ke belakang kalau aku guna brek tangan, pijak brek kaki, release brek tangan dan lepaskan brek kaki sebelum lepas clutch? Pendek kata cara biasa nak bergerak la. 
Sebab, FAKTOR TERPENTING adalah ko melakukan benda ni dalam 3 olah gerak sahaja. Kalau ko tereverse ke belakang masa ko nak keluar, dah lebih gerak olah, which means ko fail. 

Aku dapati cara nak bergerak keluar dengan selamat agar ko tak tereverse adalah:
1. Tarik brek tangan, tekan clutch 
2. Angkat clutch sikit, tekan minyak sikit
3. Angkat clutch sikittt je dan kereta rasa nak bergerak
4. Lepas brek tangan dan ko akan bergerak keluar.
Ni SAMA dengan cara naik bukit CUMA dalam skala kecik (ko takyah press minyak kuat2)


MOTOSIKAL
Ok, kete dah, motosikal apa cite
Berita gembira hari ni, aku berjaya bawak motosikal tanpa gangguan orang. huahua. okey, maybe adala beberapa orang, tapi aku berjaya dapat turn aku dengan banyaknya.
Dua jam aku kat litar motosikal tu, banyak jugak round aku buat unlike before ni. 
Aku guna ketiga-tiga jenis motor.
Yang merah tu takde bakul dan agak berat sikit berbanding yang len. 
Yang biru dia punya handle minyak keras sangat susah nak speed.
Yang hitam okey, cuma ada bakul.

Aku berjaya gak dapat pace untuk titi.
First of all ko kene press sikit minyak, pastu release je sebab dia akan bawak sendiri
so in the mean time, ko boleh la fokus untuk imbang.
kalau rasa imbangan hilang, press secara steadily. 

Persoalan aku?
Nak turunkan double stand tu kene nek atas moto den turunkan ke? Sebab aku banyak tengok orang wat gini. Aku je yang turunkan guna kaki aku dan tolak kedepan. 


#MEOW-MEOW: Banyak benefit aku bawak helmet sendiri. Yang utama aku tak pelu tebal muka pinjam helmet kat orang len. thus, banyak le turn aku hihihi

Thursday, 13 December 2012

KALER BIRU: Rant suzuki cup - Malaysia VS Thailand

Assalamualaikum!

Hai yu olls
I wasn't expecting that one day I would be writing something about football. Well, this is that day. 
Aku admit, aku bukanlah football fanatic, mahupun orang yang tengok match football. Tapi kat rumah aku banyak yang layan bola sepak ni, dan disebabkan feeds kat fb oleh commentators tak berbayar maka sikit sebanyak aku leh tahu pasal bola ni.

Aku bukan orang yang arif pasal bola, dan macam yang aku cakap aku tak layan bola. Aku layan badminton je. Tapi beberapa minggu ni tengah hot pasal bola, aku sebagai seorang warganegara Malaysia terdetik nak buat entry ni setelah tengok ragam2 peminat bola tanah air. So this is a rant from the view of a Malaysian citizen yang tak minat bola. Jadi maap la ye kalau ada salah silap lam entry ni. These are my point of views regarding the game. 

Aku sempat tengok match bola Malaysia vs Thailand - leg 2 malam ni tadi dengan abang dan bapak aku. Fuh, tak cukup dengan pengulas bola omputeh kat tv, macam2 komen aku dengar dari abang aku. Ni tak bagus, itu salah, mengalah je la, referee tak adil. Banyakla. Aku pun cakap kat dia, ko la main sebab ko terer sangat. Tapi aku tak rasa dia dengar komen pedas aku tu sebab dia busy dok mengulas game tu. 

Habis game 2-0 dengan kemenangan berpihak kat Thailand, aku pegi on9 fb dan seperti yang aku agak berdas2 post pasal game tu. Macam-macam ragam. Ada yang ngutuk, ada yang cakap tak adil, ada yang marah, ada yang post hadis bagi nasihat jangan dok ngutuk orang, dan ada jugak yang cakap depa still proud walaupun kalah sebab kalah bermaruah. Ada yang buat aku gelak yang pakat gurau cakap nak boikot tomyam dan kpop. luls. Sempat jugak ada yang p edit gamba referee korea tu dengan gambar rajagopal. 

Aku nak cakap pasal yang dok ngutuk tu. Amboi. Bila menang dulu bukan main korang p sanjung2 bagi pujian tahap gunung everest kat teluk uganda tu. Pujian melangit. Tapi bila dah kalah, kutuk players dan macam2 pihak tak berlapik lagi. Haktuihh. Tu nama dia kawan bila senang. Bila menang sayang, bila kalah melayang. 

Yang cakap tak pandai main dan sebagainya, ok, maybe game diorang tak bagus seperti yang korang cakap (aku tak pandai judge sebab aku bukan tengok bola pun). Tapi aku still wonder apasal diorang dalam team Malaysia dan korang tak? Kalau korang lagi arif pasal bola, sila pergi tryout sekarang. Terima kasih. 

Satu lagi, if you are a so-called fan of Malaysian football team, you won't walk out from the stadium or change the channel before it ends. 'Takyah tengokla, kompem kalah dah', 'baik takyah main'..ni ke yang korang panggil malaysian spirit tu? Jentik sikit dah goyah semangat. Aku sempat tengok penyokong walkout a few minutes before the game ended. Tapi tu assumption aku je. Diorang takut jalan jem kot sebab tu balik awal. Think positip oraitt

Ni aku punya pendapat. Kalau kita kalah, terima ja la. Redha. Dah ketentuan dia macam tu, ada la hikmah dia. Ni yang pi kutuk referee, kutuk gopal, kutuk players negara, kutuk pemain thailand buat apa. Ko kutuk macam mana pun takkan ubah keputusan. Kalau nak salahkan yang diorang tak bagi field bagus dan etc, aku rasa tu bukan sebab yang munasabah. Bagi aku, given with any situations or condition, kalau kau sorang pemain bola yang baik, ko still akan dapat score atau main dengan baik. Simple. 


#MEOW-MEOW: Aku respect ngan orang yang tak luntur semangat kewarganegaraan dia walaupun team dia kalah. Macam olimpik Datuk LCW dulu. :') 

Tuesday, 11 December 2012

KALER HITAM: Program Mencantikkan Diri (la sangat)

Assalamualaikum!

Sebenarnya entry ni aku saja2 buat sebab aku tak tau nak buat entry pasal apa. kui2. 

Apakah itu program mencantikkan diri? 
Iya, seperti namanya yang tak komersil dan direct, inila program rekaan aku untuk mendapatkan wajah jelita, putih mulus. 
Satu fakta tentang aku, muka aku agak cantik (ceh) tapi malangnya ianya dikaburi oleh incik pimples dan incik parut pimples sejak aku naik tingkatan 2. 

Walaupun mempunyai keinginan sejak dulu untuk membersihkan wajah aku dan mengelakkan dari menularnya wabak tersebut, aku tak pernah istiqamah dalam benda ni.
 Kompem hanya hangat2 tahi kucing la. Senang cakap, talking is easier than actually doing it. Motivasi dah ada tapi nak menggerakkan apa yang aku plan tu yang susah. 

Fakta kedua aku, aku tak suka minum air masak atau yang korang slalu sebut air mineral.
Aku sangat anti sebab aku rasa air ni tak ada rasa dan bila aku minum ianya tak menghilangkan dahaga aku tapi menambahkan rasa haus. 
Pelik tak?  Aku pun aneh dengan diri aku sendiri. luls

Okay, program aku ni sangat mudah iaitu mengamalkan at least sekali minum air masak. Nampak macam lame, tapi aku rasa ni la starting point aku. Walaupun aku ni bukanla peminum air masak, tapi aku tahu betapa pentingnya air mineral ni. 
Doktor kat iklan pun salu cakap minum at least 7 gelas.
Tapi yang aku minum selama ni air sirap, air milo, air gas (karbonat). 
Mana penah aku minum air masak.

Apa benefit minum air masak or air suam

  • Flow darah
  • Keluarkan toksin dari badan 
  • Tolong dalam bina sel baru untuk kulit 
Ni benefit yang aku dengar dari mak aku la dan orang di sekitar. Nak tahu lagi sila tanya doktor ye. 

Jadi start dari minggu ni tadi, aku rasa belum lagi aku skip minum air masak. Permulaan yang bagus. Walaupun nafsu aku nak minum air sirap sejuk and milo ais, aku gagahkan diri aku (paksa) untuk minum air masak yang tak sedap ni demi untuk skin aku. Umur aku dah nak dekat dua puluhan, tapi muka still berpimple tak best la kan. Caiyok2 untuk aku

Air yang buat aku makin haus. luls



#MEOW-MEOW: Marila istiqamah dalam bebuat sesuatu. Hiap hiap


Monday, 10 December 2012

KALER MERAH: Ambik lesen bahagian 6

Assalamualaikum! 

Hai yu olls again~ Dah mcm drama korea la aku wat sampai part 6. Walaupun aku punya entry byk yg syok sndiri tapi aku tetap gigihkan usaha aku wat entry hoh hoh. Kepada yg sesapa yang singgah kat belog aku, komen2 and follow la. Tak aku bosan nak wat entry sengsorang kan, kan? Okey? Oraitttt.

Anyway, hari ni iaitu hari Isnin bersamaan 10 December 2012, aku telahpun menjalani jam ke 3  kelas belajar memandu aku untuk kereta. Untuk motosikal pulak jam ke 2. 

Alhamdulillah, hari ni berkat apa yang aku cari dan eksperimen besertakan hidayah dari Allah, aku berjaya drive tanpa mati enjin kat jalan rata. Cuma kat bukit aku still agak terketar2 sikit sebab ada satu part tu kereta tu akan bergetar dan aku akan nebes dan akhirnya terlepas clutch tinggi sangat yang mengakibatkan kereta tu mati tanpa niat. Sob sob. 

Hari ni aku ditemani Cikgu S untuk ke laluan A dan laluan B, iaitu on the road. Benda yang aku belajar:

APABILA DI SIMPANG
1. Masa di simpang, beri SIGNAL dahulu, baru diikuti dengan berhenti.
2. Jangan lupa tukar gear ke neutral setelah berhenti dan jangan lupa tukar ke GEAR 1 masa nak berjalan semula. 

Manakala masa kat litar aku eksperimen satu lagi benda iaitu penggunaan brek tangan. Benda ni aku berani buat sebab masa tu cekgu aku tak ada, dia bagi kebenaran aku guna semasa dia gi opis. wuhuu

PENGGUNAAN HANDBRAKE
1. Tarik handbrake
2. JANGAN lepas clutch (sebab masa aku try nak lepas, kete tu bergegar macam nak meletup dan mati enjin
3. Boleh lepas brek kaki. Tapi masa turun handbrake tu wajib tekan brek kaki in case kete bergerak sendiri

Aku bangga jugak sebab cekgu aku brani dah lepas aku try sorang2. Sebab sebelum ni aku tengok ramai orang dah dibenar bawak sorang. Aku pun teringin gak, tak aku awkward lam kete ngan cekgu sebab takde idea nak bawak borak. Kehkeh

Cuma tu la, aku tak puas hati dua bab. Yang pertama kat bukit still berlakunya enjin mati. Yang kedua sebab practice motosikal tak cukup. Mana taknya, motosikal ada dua. Yang orang nak belajar dekat nak lapan orang. Sorang bawak dua tiga round, ada yang buat berulang ulang. Mana nak cukup sejam training. 5-10 minit camtu dah kena tukar orang lain. Sejam tu habis sebab tunggu orang lain je yang guna. Helmet pun aku terpaksa pinjam kat orang lain. Aku sebenarnya ada helmet sendiri, tapi aku punya lesson motosikal tak tentu, sebab yang kitorang plan blajar kete je, motosikal tengok sempat ke tak. Jadi aku tak bwak la helmet sebab tak sure ada practice ke tak. Dah la yang datang tu orang yang dah habiskan 8 jam tapi suka2 datang sebab nak extra practice. Mana acii. (marah ni. sobs

Okey, aniway dah settle 3hours kereta dan hari rabu ni untuk jam ke 4. Aku harap cekgu tu biar aku bawak sengsorang lagi. Tapi at the same time aku bersyukur sebab cekgu aku ni tak diam sangat, ada jugak dia buat lawak so tak la awkward gile. Lagi satu sebab aku ada join sorang cekgu ni ajar bebudak dia and keadaan macam silent gile. Alhamdulillah, trimas Cikgu S! Harap lepas ni our relationship enhance la ye. Hiks2. 


Tulung la jan mati lagi ye incik injin. 


#MEOW-MEOW: Macammana taknak bagi gabra masa nek bukit? T_T 

Friday, 7 December 2012

KALER MERAH: Ambik lesen bahagian 5

Assalamualaikum! 

Macam entry aku smalam, hari ni hari Jumaat (7/12) dan aku pun pergi untuk jam ke 2 kelas belajar memandu aku. Hari ni aku datang dengan perasaan nak mengeksperimen dan praktikkan ilmu yang aku peroleh kelmarin kat internet. 

1. Cara nak elak mati enjin setelah berhenti dan ingin sambung perjalanan

Dan betul apa yang aku cuba! Yeyy! Sebelum ni aku just lepaskan clutch slow2 dan resultnya kereta aku mati enjin. Sepatutnya, waktu aku lepaskan clutch tu, aku tekan sikit jugak pedal minyak at the same time. Bila kereta dah stabil baru leh lepaskan clutch slow2 sampai habis. 

The rest macam nak slow down, berhenti, it all comes naturally. Takyah aku nak bayangkan atau pikir dalam otak dulu. Kaki aku secara otomatiknya akan tekan clutch sampai habis dan brake sampai habis. One problem settled. 

Satu problem yang aku masih encounter adalah aku tak ingat cara nak teruskan bila handbrake digunakan. Masa nak reverse kuar dari parking tu. Ada cegu aku tunjuk skali lagi tapi aku lupalaaaaa. AAAAA. Ok, tensyen sebentar

Hari ni, elok2 je aku keluar dari parking, cegu aku trus suruh aku pegi ke litar bahagian bukit. Aku baru je ingat nak refreshkan sikit2 memori aku sal bawak kereta ni. Harap dia soh aku bawak round2 dulu. Hukhuk.

Dia ajar aku cara berenti kat bukit dan segala yang patut la. Cara2 nya leh korang rujuk kat entry aku. Aku update je entry aku smalam tentang basic bawak kete. Opkos, kete aku mati time aku nak teruskan perjalanan turun dari bukit tu. Aku rasa ada la 3,4 kali. Aku rasa cegu aku pun nek bosan. Aku tak suka la perasaan bila enjin mati dan cegu ko wat ko rasa perasaan malu+ 'kan aku dah ajarrrr'. Die tak cakap la, tapi keluhan dia luahkan perasaan tu. Pastu aku determine nak wat baik2. Alhamdulillah last try aku berjaya, tapi aku harap aku tak lupa the next lesson. Taknak die marah aku. Sob sob. 

Pastu dia ajar pegi reverse parking. Aku rasa seken try aku kete aku langgar tiang kat belakang. Huahua. Tapi tak dengar bunyi la, cuma agak nampak yang tiang tu dah tercium kete aku. Then die ajar 3 penjuru tu. Seken try aku jugak, aku lupa pulak nak tarik handbrake, slumber je aku nak kuar terus dari petak tu. HAHA. Then aku teringat dan tarik handbrake setelah aku beriya-iya pusing stereng. Mana tak Cikgu S gelakkan aku sebab muka aku dah gabra sebab tersedar aku lupa. Fuh, nasib ingat

Suma dah complete, dia ajak aku main motosikal. Kira ni second time aku bawak setelah hari tu aku mengalami pengalaman pahit masa bengkel tu (sila rujuk entry aku yg len). Tapi trimas kat incik demo tu jugak la aku berjaya bawak moto hari ni. Cikgu aku pun puji, dia cakap 'kata tak pandai bawak moto!' Hehe. Hepi gak die dah senyum. Cuma yang perlu aku improve titian tu dan emergency brake. Titian tu aku tak berapa nak balance awal2 sebab aku baru nak refresh otak aku. Yang emergency brake tu sebab aku tak bawak laju sangat jadi hilangla emergency nya tu. Tapi aku rasa bawak moto senang sikit dari kete. Alhamdulillah dan harap aku dapat bawak better nanti. 

Antara memori best hari ni:
1. Ada sorang cikgu tu yang boleh tahan hensem kacau2 aku masa tengah belajar. Hehe
2. Cikgu S leh bawak borak sikit. Tapi still aku tak banyak topik nak sembang. Aku berterima kasih kat incik matahari sebab beliaulah salah satu sumber utama topik hari ini: Panas. HAHA.
3. Cikgu S first time tengok dan balas lambaian aku masa die nak balik tadi. Dah dua kali dia tak tengok pun aku masa nak balik, apatah lagi lambai. Jadi yess, kira hubungan kitorang tambah baik sikit je la dari sebelum ni sebab dia lambai kat aku. Ekeke

Persoalan:
1. Dapat tak aku perform untuk next lesson supaya tak kena marah Cikgu S? Aiyaa
2. Cikgu S tu dah kawen ke tak sebenarnya? Aku tahu dia pakai cincin, tapi muka dia dan perangai dia macam orang bujang. Kalau dia dah kahwin, rilek sikit aku, tak aku gabra sebab dia dah berpunya. Sila rujuk entry aku awal2 untuk mengetahui satu permasalahan tentang aku. 
3. Macam mana cara nak reverse kluar parking? Handbrake tu bila turunkan sebenarnya? Aiyaa


#MEOW-MEOW: Cuba la aku ada kete manual kat rumah. Dapat aku prektis. Sobs. 

Thursday, 6 December 2012

KALER MERAH: Ambik lesen bahagian 4

Assalamualaikum, peace be upon to you!!

Entry ni ditaip lambat sikit dari hari yang aku nak share kat korang ni. Ianya berlaku semalam, dimana setelah aku check kat website JPJ, aku punya lesen L dah keluar! That means aku akan dapat start belajar memandu dahh hoho

Maka, pada hari yang aku dah decide ngan Cikgu S, aku pun pergi la ke kelas belajar memandu aku yang pertama. Nebes yuu
Okay, lesson pertama, dia ajar cara nak reverse kuar dari parking so that kitorang leh bergerak ke litar. Truth to be told, aku dah tak ingat dah cara (aku dah check internet, tapi aku tak pasti itu ke cara yang dia ajar aku). Maybe sebab tu first time dan mulut aku still kata 'paham' walaupun otak 'paham sajalah labuuu'. 
Anyway and anyhow, aku berjaya kuar dari parking tu walaupun kebanyakkan cegu aku tu la yang tolong. heh

Pastu dia soh aku bawak ke litar. Dia bagi direction mana nak pi, dan aku pun ikotla. Masa pusing2 litar tu aku dah aware satu masalah aku. Kete aku salu mati enjin siot bila nak start bergerak. Maybe sebab aku ingat just lepaskan pedal clutch tu macam yang abang aku ajar dulu. Setelah aku menelaah balik masa pulang belajar tu, rupa2nya wajib kena tekan pedal minyak sikit masa lepaskan clutch tu untuk bagi dia 'gas' skit. Ok, keep that in mind, and aku nak cuba experiment benda ni esok. Harap2 la menjadik!! 

Aku still teragak2 lagi, dan aku for sure tak terer lagi bawak. Tapi terkejut nak mati aku bila Cikgu S soh aku bawak ke jalan raya besar yang kat luar institut tu. Gile nebes aku. Bila dia cakap camtu aku trus tengok muka dia dengan muka gabra, 'betul ke ni ckgu??'. Aku siyes ingat dia main2 nak gertakkan aku. Mana taknya, dalam litar lagi aku dah mati enjin, stering tak betul, dia dengan slamber badak soh aku bawak ke jalan betul. Gilo. Dia cakap, 'senang je tu. ikot je arahan saye'. Sukahati ko la ckgu, kalu masuk longkang sile jawab sendiri ye. 

Aku pun bawak la ke entrance. Aku tak berapa ingat, tapi aku rasa aku ada mati enjin sebab aku ada berenti before kluar dan aku tak pandai nak teruskan dari berenti sejenak tu. Terusla incik enjin mogok dan mematikan diri beliau. Aku start balik, dan kitorang pun kluar la setelah tunggu krete len takde. Syukur gile aku situ ada traffic light. Dia soh aku bawak pegi laluan A. Bwak punya bawak, nasib tak berenti tengah jalan and aku rasa the main reason is time tu traffic tak sesak so aku tak perlu berenti. Kalau aku berenti kompem aku susah nak jalan balik. Memang tu la major problem aku. Hukhuk

Lepas laluan A, dia tengok ade masa, dia soh aku bawak ke laluan B pulak. Laluan ni jauh sikit tapi kat sini leh tuka2 ke gear tinggi sikit sebab dia lurus. Tapi kat sini ada traffic light. Tapi jugak, aku tak sempat nak experiment macam mana stop kat traffic light sebab masa aku lalu tu, incik traffic light bertukar kaler ke hijau. Tak la aku tarek hand brake dan malukan dirik aku kalu enjin mati. Tapi have to pay the price la sebab aku tak tau macam mana nak berenti kat traffic light sbb tak experience. 

Balik2 tu aku cakap kat abang aku yang aku bawak ke jalan besar. Dia tekejut sebab awal gila aku disuruh bawak ke luar. Ckgu aku bagi tau aku sebab otak aku still fresh lagi la dia soh aku bawak ke luar, senang sikit nanti. Aku pun tak paham teori mana dia pakai. Janji aku boleh bawak nanti. 

Kelas seterusnya hari esok. Ari ni tadi aku collect information dan tulis entry pasal tu (korang leh rujuk entry sblum ni). Aku nak apply dan experiment esok, tengok jadi ke tak. Susah la rumah aku takde kete manual ni, tak dpt nak try test sendirik. Malu la lau nak test esok, aku tak suka buat kalau ada orang tengok huhu. Apapun, harap menjadi la, dan aku harap aku ingat step yang aku tulis tu. Aminnnnn

See yu olls tomorrow! Muah

#MEOW-MEOW: Harap ingatharap ingatharap ingat