Monday 17 December 2012

KALER MERAH:Ambik lesen Bahagian 7

Assalamualaikum yu olls. Ohai blogku yg shomel. Hiks

First of all, aku nak admit yg aku baru je check blog aku sbb tak tau nak letak bahagian berapa dah. Dah mcm siri drama korea byk sgt episod. Oh well, life is short so it won't matter how many pieces of these i'm typing down. Ceh

Hari ni hari Isnin (17/12). Bersamaan jam ke 5 aku belajar kereta dan jam ke 3,4 aku bawak motosikal. Hari ni pergi on the road dan training kat litar

Awal2 lagi aku sebenarnya tak dengar instruction Cikgu aku. Aku ingat dia soh bawak ke litar yang banyak papan tanda tu. Setelah aku bawak pusing2, aku tengok dia pergi kat aku. 
Aiseh, aku tahu memang aku ada wat salah la ni. Dia cakap bawak jalan2 ke?
Dia soh pegi prektis parking dan 3 point turning bukan bawak kat litar besar. Bahahhahaa. Malu siotttt. Kalu boleh aku nak kambus muka aku lam dashboard.
Dah la selamba badak aku bawak pusing lama2 dalam litar tu. *blushing* 

Summary prektis ari ni dan benda yang aku belajar 
ON THE ROAD:
1. Jangan SALAH tukar gear masa bawak on the road. (sebab aku oberkonpiden kut, aku tersalah tukar masuk gear. dari gear 2 nak ke 3, aku ingat dah masuk, rupa2nya aku termasuk ke gear 1). Kalau berlaku benda camni, dia akan ada bunyi-bunyi, so the solution is to shift the gear to where it's supposed to be. 
2. Jangan lupa tukar GEAR 1 kalau nak bergerak setelah BERHENTI. (kete aku mati enjin first time on the road sebab aku lupa nak masuk gear 1 tapi straight guna gear 2)
3. WAJIB BERHENTI kat simpang/nak masuk simpang, regardless ade kete ke tak.
4. Signal, gear, brake, berhenti. neutral. masuk gear 1, masuk simpang
5. Ko kena tunggu kete limpas ko dulu kalau diorang dekat. Sebab hari ni aku tersangat berani nak kuar dulu sebab sebelum ni aku tersangat penakut. 

BUKIT
Aku still tak dapat cari titik nak berhenti dalam kawasan kuning. Sigh. Aku nak eksperimen lagi hari rabu ni. 


LITAR - PARKING
Ada akak sebelum aku terlanggar tiang kat depan parking tu. And tiang tu sangatla penting sebab benda tu yang dijadikan penanda nak masuk. Adoi. Aku tawakal je la redah parking tadi. Nasibbbb aku dapat masuk parking. Syukurrr. Huhu. Ni la salah satu benda yang aku rasa teramat penting. Kita takleh nak depend dengan penanda yang cekgu bagi je. Sebab realitinya nanti, mana ada penanda macam ni kat tempat parking luar nu cik abang akak oi. 

Dapatan aku hari ni hasil analisis aku.
1. Boleh guna tiang kedua untuk estimate.
2. Berhenti asalkan sejengkal sebelum cermin belakang.
3. Ikot feel ko. Ko ada sejenis instinct yang benda tu akan lepas. aku tak tau la orang lain dapat rasa, tapi one day u'll find it. speaking london la kunun


3 POINT TURNING
Sebenarnya aku kat rumah asyik terpikir benda ni. Adakah aku akan terundur ke belakang kalau aku guna brek tangan, pijak brek kaki, release brek tangan dan lepaskan brek kaki sebelum lepas clutch? Pendek kata cara biasa nak bergerak la. 
Sebab, FAKTOR TERPENTING adalah ko melakukan benda ni dalam 3 olah gerak sahaja. Kalau ko tereverse ke belakang masa ko nak keluar, dah lebih gerak olah, which means ko fail. 

Aku dapati cara nak bergerak keluar dengan selamat agar ko tak tereverse adalah:
1. Tarik brek tangan, tekan clutch 
2. Angkat clutch sikit, tekan minyak sikit
3. Angkat clutch sikittt je dan kereta rasa nak bergerak
4. Lepas brek tangan dan ko akan bergerak keluar.
Ni SAMA dengan cara naik bukit CUMA dalam skala kecik (ko takyah press minyak kuat2)


MOTOSIKAL
Ok, kete dah, motosikal apa cite
Berita gembira hari ni, aku berjaya bawak motosikal tanpa gangguan orang. huahua. okey, maybe adala beberapa orang, tapi aku berjaya dapat turn aku dengan banyaknya.
Dua jam aku kat litar motosikal tu, banyak jugak round aku buat unlike before ni. 
Aku guna ketiga-tiga jenis motor.
Yang merah tu takde bakul dan agak berat sikit berbanding yang len. 
Yang biru dia punya handle minyak keras sangat susah nak speed.
Yang hitam okey, cuma ada bakul.

Aku berjaya gak dapat pace untuk titi.
First of all ko kene press sikit minyak, pastu release je sebab dia akan bawak sendiri
so in the mean time, ko boleh la fokus untuk imbang.
kalau rasa imbangan hilang, press secara steadily. 

Persoalan aku?
Nak turunkan double stand tu kene nek atas moto den turunkan ke? Sebab aku banyak tengok orang wat gini. Aku je yang turunkan guna kaki aku dan tolak kedepan. 


#MEOW-MEOW: Banyak benefit aku bawak helmet sendiri. Yang utama aku tak pelu tebal muka pinjam helmet kat orang len. thus, banyak le turn aku hihihi

No comments:

Post a Comment