Tuesday 18 December 2012

KALER HITAM: Kahwin - Crush vs Comfortable

Assalamualaikum and peace be upon to you.

Setelah aku tengok satu series cite korea ni, yang berjudul Hotaru no Hikari (kalau tak silap aku), aku lantas tersedar sebentar sesuatu tentang realiti. 
Terdapat suatu angan-angan yang dimiliki oleh kebanyakkan penonton cerita korea yang diorang tengok sebagai sweet dan sebagainya, iaitu to be married to the person yang kita ada crush. Kebanyakkan remaja la, dan termasuklah aku. I mean, sapa yang tak nak hidup dengan orang yang kita dari dulu lagi dah ada that butterfly-in-the-stomach-person kan

Drama korea Hotaru No Hikaru ni adalah berkenaan dengan seorang female office worker yang dekat pejabat dia sangat cantik, kemas dan efficient, who turns out to be seorang yang selekeh dan sukakan keselesaan kat rumah. Ini termasuklah baring kat lantai sambil baca komik dan berguling-guling di ruang tamu tengok tv. Masa aku tengok drama ni aku realize hidup aku tersangatlah sama dengan perempuan ni. Sigh. 
Then, suatu hari anak kepada landlord tu merangkap boss perempuan ni tadi kena kick out dari rumah dia oleh isteri beliau dan beliau nak tinggal semula kat rumah tu. Tapi masalahnya landlord tu dah bersetuju untuk biar female worker tu tadi tinggal kat rumah tersebut. Jadi seperti cliche cerita-cerita len, diorang tinggal sama. 
Boss tu tadi seorang yang pembersih dan beliau agak culture shock tengok female worker dia hidup macam tu. Tapi lama kelamaan diorang dah comfortable dan dapat adapt bersama, apatah lagi sebab female worker tu selalu cerita masalah cinta dia (dia first time jatuh cintan). 
Dipendekkan cerita, female worker tu berjaya mendapatkan crush dia sebagai pasangan hidup. Crush dia jemput dia untuk tinggal serumah dan dia accept offer boifren dia. 
Yang mengejutkannya, suatu perasaan sayang dan cinta tu bertukar kepada obligation untuk membuat pasangan hepi. Dia realize sepatutnya bila dia balik dia kena hepi sebab spouse dia yang tercinta kat dalam rumah kan? Tapi setiap kali dia balik dia rasa macam tak selesa dan force untuk rasa hepi. Bila depa duduk sama dalam bilik rasa awkward je walaupun spouse dia dah soh dia rilek je. 

Cerita ni buat aku tersedar. Aku pun macam tu jugak. Ada sesetengah orang tu yang kita dapat rasa 'connect' atau 'click', dan ada yang tidak. Ada orang yang kita jadi control behaviour bila berdepan dan jadi sopan secara tiba-tiba. Aku ada masalah ni dan cerita ni buat aku terfikir. Adakah orang yang kita selama ni have a crush on turns out to be someone yang kita sebenarnya suka dari jauh tapi bila dekat tak tahu nak borak apa

Serius bosan hidup macam tu, even though kita ada huge crush kat dia. Ni disebabkan pengalaman aku dengan rumet aku. Aku tak berapa ngam ngan rumet aku walaupun kita dua takde gaduh ke apa. Sampai aku pernah rasa depress setiap kali nak balik bilik. Dan setiap kali nak masuk ke bilik, aku mesti motivatekan diri aku dan buat2 hepi pura-pura aku rasa rilek walaupun dalam hati aaargh,  I just want to be myself. There are certain people I am comfortable with dan aku tak dapat explen kenapa. Aku akan selesa kalau the other party be themselves. Then baru aku akan rasa best dan dapat adapt. Kalu orang tu malu2 kat aku, aku memang takdapat open up langsung.

Pendek kata persoalan aku sekarang, untuk life partner aku a.k.a husband aku nanti, adakah aku akan cari pasangan yang aku ada jatuh hati atau pasangan yang aku boleh bawak kamceng? Sebab tak pasti orang yang aku gila-gila minat sekarang ni adalah orang yang aku comfortable to be with, without any expectations. Tapi adakah orang yang aku comfortable (kawan laki yang aku takde feeling) dapat buat aku jatuh cinta kat dia? Aku taknak jadi isteri yang tankap cintan ngan laki lain sebab dia takde feeling love kat husband dia. Tu bek jadi kawan je. Tapi at the same time, aku taknak jadi isteri kepada lelaki yang dia sangat cintai tapi tak dapat rasa comfortable dan sentiasa rasa risau tentang topik perbualan. 

Kadang-kadang aku rasa bek aku hidup sorang. Siyes. No one to entertain, no expectations, no feeling guilty dan sebagainya. Tak dapat aku imejin aku kahwin nanti. Satu fear aku adalah aku takut aku selesa dengan hidup sorang. Kenapa aku selesa? Sebab aku tak pernah couple. Suatu perkara yang baru bagi orang zaman ni kan. Penipu la tak pernah ada pakwe. Betul. Aku rasa Allah buat camni ada hikmah dia tersendiri. Banyak wo hikmah dia walaupun kadang-kadang aku rasa sedih takde experience bercinta dengan orang. Bunyi macam pathetic, tapi kalau difikirkan ada betulnya reasoning aku ni. Apa hikmah dia? Tunggu di entry yang lain~ Hihiks. 

Hotaru no Hikari. Best siott.


#MEOW-MEOW: Apasal entry aku tak pernah nak pendek? Kalah karangan budak SPM. 

1 comment:

  1. Jepun dgn korea pun tak taw beza ke?... Ini jepun lah.....hahaha...

    ReplyDelete