Friday 7 December 2012

KALER MERAH: Ambik lesen bahagian 5

Assalamualaikum! 

Macam entry aku smalam, hari ni hari Jumaat (7/12) dan aku pun pergi untuk jam ke 2 kelas belajar memandu aku. Hari ni aku datang dengan perasaan nak mengeksperimen dan praktikkan ilmu yang aku peroleh kelmarin kat internet. 

1. Cara nak elak mati enjin setelah berhenti dan ingin sambung perjalanan

Dan betul apa yang aku cuba! Yeyy! Sebelum ni aku just lepaskan clutch slow2 dan resultnya kereta aku mati enjin. Sepatutnya, waktu aku lepaskan clutch tu, aku tekan sikit jugak pedal minyak at the same time. Bila kereta dah stabil baru leh lepaskan clutch slow2 sampai habis. 

The rest macam nak slow down, berhenti, it all comes naturally. Takyah aku nak bayangkan atau pikir dalam otak dulu. Kaki aku secara otomatiknya akan tekan clutch sampai habis dan brake sampai habis. One problem settled. 

Satu problem yang aku masih encounter adalah aku tak ingat cara nak teruskan bila handbrake digunakan. Masa nak reverse kuar dari parking tu. Ada cegu aku tunjuk skali lagi tapi aku lupalaaaaa. AAAAA. Ok, tensyen sebentar

Hari ni, elok2 je aku keluar dari parking, cegu aku trus suruh aku pegi ke litar bahagian bukit. Aku baru je ingat nak refreshkan sikit2 memori aku sal bawak kereta ni. Harap dia soh aku bawak round2 dulu. Hukhuk.

Dia ajar aku cara berenti kat bukit dan segala yang patut la. Cara2 nya leh korang rujuk kat entry aku. Aku update je entry aku smalam tentang basic bawak kete. Opkos, kete aku mati time aku nak teruskan perjalanan turun dari bukit tu. Aku rasa ada la 3,4 kali. Aku rasa cegu aku pun nek bosan. Aku tak suka la perasaan bila enjin mati dan cegu ko wat ko rasa perasaan malu+ 'kan aku dah ajarrrr'. Die tak cakap la, tapi keluhan dia luahkan perasaan tu. Pastu aku determine nak wat baik2. Alhamdulillah last try aku berjaya, tapi aku harap aku tak lupa the next lesson. Taknak die marah aku. Sob sob. 

Pastu dia ajar pegi reverse parking. Aku rasa seken try aku kete aku langgar tiang kat belakang. Huahua. Tapi tak dengar bunyi la, cuma agak nampak yang tiang tu dah tercium kete aku. Then die ajar 3 penjuru tu. Seken try aku jugak, aku lupa pulak nak tarik handbrake, slumber je aku nak kuar terus dari petak tu. HAHA. Then aku teringat dan tarik handbrake setelah aku beriya-iya pusing stereng. Mana tak Cikgu S gelakkan aku sebab muka aku dah gabra sebab tersedar aku lupa. Fuh, nasib ingat

Suma dah complete, dia ajak aku main motosikal. Kira ni second time aku bawak setelah hari tu aku mengalami pengalaman pahit masa bengkel tu (sila rujuk entry aku yg len). Tapi trimas kat incik demo tu jugak la aku berjaya bawak moto hari ni. Cikgu aku pun puji, dia cakap 'kata tak pandai bawak moto!' Hehe. Hepi gak die dah senyum. Cuma yang perlu aku improve titian tu dan emergency brake. Titian tu aku tak berapa nak balance awal2 sebab aku baru nak refresh otak aku. Yang emergency brake tu sebab aku tak bawak laju sangat jadi hilangla emergency nya tu. Tapi aku rasa bawak moto senang sikit dari kete. Alhamdulillah dan harap aku dapat bawak better nanti. 

Antara memori best hari ni:
1. Ada sorang cikgu tu yang boleh tahan hensem kacau2 aku masa tengah belajar. Hehe
2. Cikgu S leh bawak borak sikit. Tapi still aku tak banyak topik nak sembang. Aku berterima kasih kat incik matahari sebab beliaulah salah satu sumber utama topik hari ini: Panas. HAHA.
3. Cikgu S first time tengok dan balas lambaian aku masa die nak balik tadi. Dah dua kali dia tak tengok pun aku masa nak balik, apatah lagi lambai. Jadi yess, kira hubungan kitorang tambah baik sikit je la dari sebelum ni sebab dia lambai kat aku. Ekeke

Persoalan:
1. Dapat tak aku perform untuk next lesson supaya tak kena marah Cikgu S? Aiyaa
2. Cikgu S tu dah kawen ke tak sebenarnya? Aku tahu dia pakai cincin, tapi muka dia dan perangai dia macam orang bujang. Kalau dia dah kahwin, rilek sikit aku, tak aku gabra sebab dia dah berpunya. Sila rujuk entry aku awal2 untuk mengetahui satu permasalahan tentang aku. 
3. Macam mana cara nak reverse kluar parking? Handbrake tu bila turunkan sebenarnya? Aiyaa


#MEOW-MEOW: Cuba la aku ada kete manual kat rumah. Dapat aku prektis. Sobs. 

No comments:

Post a Comment