Tuesday 11 December 2012

KALER HITAM: Program Mencantikkan Diri (la sangat)

Assalamualaikum!

Sebenarnya entry ni aku saja2 buat sebab aku tak tau nak buat entry pasal apa. kui2. 

Apakah itu program mencantikkan diri? 
Iya, seperti namanya yang tak komersil dan direct, inila program rekaan aku untuk mendapatkan wajah jelita, putih mulus. 
Satu fakta tentang aku, muka aku agak cantik (ceh) tapi malangnya ianya dikaburi oleh incik pimples dan incik parut pimples sejak aku naik tingkatan 2. 

Walaupun mempunyai keinginan sejak dulu untuk membersihkan wajah aku dan mengelakkan dari menularnya wabak tersebut, aku tak pernah istiqamah dalam benda ni.
 Kompem hanya hangat2 tahi kucing la. Senang cakap, talking is easier than actually doing it. Motivasi dah ada tapi nak menggerakkan apa yang aku plan tu yang susah. 

Fakta kedua aku, aku tak suka minum air masak atau yang korang slalu sebut air mineral.
Aku sangat anti sebab aku rasa air ni tak ada rasa dan bila aku minum ianya tak menghilangkan dahaga aku tapi menambahkan rasa haus. 
Pelik tak?  Aku pun aneh dengan diri aku sendiri. luls

Okay, program aku ni sangat mudah iaitu mengamalkan at least sekali minum air masak. Nampak macam lame, tapi aku rasa ni la starting point aku. Walaupun aku ni bukanla peminum air masak, tapi aku tahu betapa pentingnya air mineral ni. 
Doktor kat iklan pun salu cakap minum at least 7 gelas.
Tapi yang aku minum selama ni air sirap, air milo, air gas (karbonat). 
Mana penah aku minum air masak.

Apa benefit minum air masak or air suam

  • Flow darah
  • Keluarkan toksin dari badan 
  • Tolong dalam bina sel baru untuk kulit 
Ni benefit yang aku dengar dari mak aku la dan orang di sekitar. Nak tahu lagi sila tanya doktor ye. 

Jadi start dari minggu ni tadi, aku rasa belum lagi aku skip minum air masak. Permulaan yang bagus. Walaupun nafsu aku nak minum air sirap sejuk and milo ais, aku gagahkan diri aku (paksa) untuk minum air masak yang tak sedap ni demi untuk skin aku. Umur aku dah nak dekat dua puluhan, tapi muka still berpimple tak best la kan. Caiyok2 untuk aku

Air yang buat aku makin haus. luls



#MEOW-MEOW: Marila istiqamah dalam bebuat sesuatu. Hiap hiap


No comments:

Post a Comment