Thursday 6 December 2012

KALER HITAM: Basic belajar kereta

Assalamualaikum, peace be upon to you.

Ok. First of all aku nak bagitau yang aku ni bukanla instructor memandu. Aku pelajar lesen L yang tengah belajar cara2 nak bawak kereta manual. Secondly, tutorial ni untuk pemahaman aku sebab aku ada masalah dalam beberapa bab ni, jadi aku tengah collect bahan untuk aku paham secara teori before aku applykan nanti. 

Caution: Ni aku tak tau betul ke tak, jadi aku dalam proses experimenting bahan2 yang aku taruk kat sini. 
Disclaimer: Bahan ni bukan aku yang tulistapi yang orang len tulis kat internet. Ada yang dalam English tapi aku translate ke Melayu, dan ada bahan yang sama dari sumber berbeza, aku buat jadi satu. Kat bawah entry aku letak sapa tuan dia yang aku cedok. Kira nota ni adalah ringkasan dari pemahaman aku.
Edit: Haii! Aku ada buat entry terbaru pasal cara2 nak belajar bawak kereta manual ni. Jom checkhttp://kucengberkaler.blogspot.com/2014/03/new-basic-belajar-kereta-revamp-edition.html


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Starting the engine/Cara nak bergerak
1. Pastikan gear neutral dan brek tangan masih ditarik
2. Tekan clutch sampai habis dan pusingkan kunci untuk start engine. Jangan lepaskan clutch.
3. Masuk gear 1 (sekiranya nak ke depan) atau gear reverse (sekiranya nak kuar dari parking).
4. Lepaskan clutch slow2 sampai 50% (tumit anda di bahagian ground untuk imbangan)                 dan tekan pedal pemecut sikit sampai anda rasa kereta tu macam nak bergerak. 
5. Turunkan brek tangan
6. Lepaskan clutch sampai habis slow2 sampai anda dapat feel yang kereta tu takkan mati tiba2. 

Cara ni direkemenkan oleh Encik Mohd Khairunnaim bin Osman kat belog beliau kt bwh. Visit la sana. :) 
1.Pastikan brek tangan dalam keadaan tidak diturunkan dan kereta berada di atas jalan yang rata.
2. Tekan pedal klac ke bawah dan gerak gear ke posisi neutral.
3. Hidupkan enjin.
4. Gerakkan gear ke gear satu sambil kaki menekan klac.
5. Gunakan brek kaki dan lepaskan brek tangan.
6. Lepaskan brek kaki apabila ingin bergerak.
7. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan. Apabila anda mendengar bunyi enjin menjadi semakin perlahan, perlahan-lahan tekan pedal minyak sambil melepaskan pedal klac. Kereta akan mula bergerak kehadapan.

Read more: http://anime4nz.blogspot.com/2011/03/cara-masuk-gear-kereta.html#ixzz2EYqhkxVf


Peringatan:
  • Sentiasa start enjin dengan clutch ditekan sepenuhnya
  • Pastikan gear neutral
  • Kalau clutch dilepas tanpa beri engine tu gas (pemecut), enjin kereta akan mati.                  If the clutch is let out without giving the engine gas, the car will stall.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Slowing down
1. Half clutch to prevent jerking. Tak perlu tekan sampai habis, cuma tekan sedikit
2. Tekan brake gently (dab

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Stopping momentarily and continuing/Berhenti dan Meneruskan perjalanan semula
1. Lepaskan pedal pemecut dan tukar ke gear 2 jika di traffic light
2. Tekan clutch sampai habis
3. Tekan brake sampai habis dan kereta akan berhenti
4. Tarik hand brake dan tukarkan gear ke neutral. 
4. Untuk bergerak semulatukar ke gear 1. Lepaskan brake, dan lepaskan clutch perlahan-lahan sampai 50% dan lepas slow-slow sambil tekan pedal pemecut sampai kereta stabil. Lepas clutch sepenuhnya


Peringatan:
  • Tidak menekan clutch akan membuatkan enjin kereta mati tiba2.                                                           
  • Not stepping the clutch will cause the car to stall
  • Pastikan gear neutral semasa berhenti dan gear 1 semasa hendak sambung perjalanan



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Menukar gear
1. Pecut sedikit dan lepaskan pemecut sepenuhnya
2. Tekan clutch sepenuhnya
3. Tukar gear. 
4. Sekiranya dari gear 1 ke gear 2, lepaskan clutch secara perlahan
   Sekiranya dari gear 2 ke gear 3, atau ke gear 4, boleh lepaskan slightly faster, tapi jangan   terlalu mengejut. Tekan pemecut perlahan-lahan.

Peringatan
  • Pastikan kaki anda tidak menekan pemecut semasa menukar gear
  • Pastikan clutch ditekan sepenuhnya

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Belok/Masuk simpang
1. Beri signal (3saat sebelum simpang)
2. Perlahankan kenderaan 
3. Tekan clutch sepenuhnya dan tukar ke gear 2.
4. Lepaskan clutch perlahan2

Peringatan:
  • Selalu tukar ke gear yang rendah sebelum membelok/masuk persimpangan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Naik bukit (BAHAGIAN LITAR - TEST 1)
1. Boleh guna gear 1
2. Naik bukit macam driving biasa (masa ni leh lepas clutch, tapi minyak tekan sikit)
3. Berhentikan kereta kat kawasan kuning. Indicatornya adalah sidemirror sama lurus dengan tiang paling depan. (cara berhenti tekan pedal clutch dan brake sampai habis)
4. Jenguk kat luar tingkap, tengok tayar masuk garisan kuning atau tak
5. Kalau tayar masuk line kuning, boleh tarik handbrake. takyah lepaskan clutch dan brake kaki
6. angkat tangan
7. angkat pedal clutch slow2 sampai jarum tunjuk 1. maintain kat sana.
8. alihkan kaki dari pedal brake slow2 dan pijak pedal minyak sampai jarum tunjuk kat 3 atau lebih. maintainkan clutch ngan minyak.
9. angkat clutch sikittttt je sampai kereta rasa macam nak bergerak
10. terus tolak handbrake ke bawah dan tekan pedal minyak. JANGAN kacau clutch. Kalau kereta masih tak bergerak ke hadapan, boleh angkat clutch sedikit but not more than that.  

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parking Reverse (BAHAGIAN LITAR - TEST 2)
1. Masuk ikot arrow. (Stereng sejajar dengan arrow)
2. Drive melintasi tiang depan tempat parking. Indicator: Sticker kereta bahagian belakang sejajar dengan tiang tersebut. Berhenti.
3. Pusing stereng ke kiri sampai habis. 
4. Masuk gear reverse
5. Reverse dan berhenti. Indicator: Lock pintu driver sejajar dengan tiang terakhir. Tiang yang pertama tadi di bahagian tengah tempat duduk pemandu sebelah driver. Tayar dekat kawasan bertoreh.
6. Pusing stereng ke kanan sampai habis 
7. Reverse sampai masuk kotak. Warning: DONT overdo it. Asal masuk kotak cukup, takut terlanggar tiang belakang. Stop. 
8. Angkat tangan
9. Jangan alihkan kedudukan stereng! Masuk gear 1 dan drive ke hadapan sampai anda berada di kedudukan tadi (lock, tiang, toreh) Berhenti.
10. Pusing stereng ke kiri sampai habis dan jalan keluar untuk ke next stage. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pusingan 3 Penjuru (BAHAGIAN LITAR - TEST 3)
1. Masuk ikot arrow bahagian kiri
2. REMINDER: SILA LAKUKAN DALAM 3 OLAH GERAK SAHAJA. JANGAN LEBIH.
3. Terus pandu ke bahagian kanan dengan memusing stereng ke kanan sepenuhnya. Berhenti.
4. Pusing stereng ke kiri sepenuhnya
5. Masuk gear reverse. Reverse (angkat 50% clutch dan tekan minyak sikit. bila dah stabil leh lepaskan minyak dan kawal clutch) 
6. Berhenti apabila sampai SETENGAH kotak. 
7. Tarik handbrake. Kaki masih pijak habis clutch dan brake
8. Angkat tangan
9. Pusing stereng ke kanan habis dan masuk gear 1
10. Angkat clutch sikit dan tekan minyak sikit
11. Bila kereta rasa nak gerak, angkat handbrake dan drive keluar dari tempat kejadian. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di tengah bukit ketika test dan teruskan perjalanan sesudah berhenti
1. Tekan pedal pemecut slightly
2. Lepaskan clutch perlahan-lahan dan kereta akan rasa seperti hendak bergerak
3. Lepaskan handbrake

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Stopping to park.
1. Tekan clutch sampai habis dan break sampai habis
2. Tarik handbreak
3. Tukar ke gear 1 (sekiranya uphill) atau gear reverse (sekiranya downhill). Ini sebagai langkah keselamatan supaya kereta tak berganjak. Sekiranya permukaan ratatukar ke gear neutral. 



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Copyrights dan link yang bagus untuk rujukan: 
  • http://driving-school.com.my/driving-manual-car/drive-manual-car-easy-tips-for-beginners/ (Cikgu Yap)
  • http://www.ehow.com/how_2215438_drive-manual-transmission-car.html#ixzz2EFla6uE3
  • http://www.interlog.com/~css/manualprimer.htm
  • http://www.wikihow.com/Drive-Smoothly-with-a-Manual-Transmission

24 comments:

  1. thanks!Credits to you for this awesome entry..It really helps me..I'm a beginner, kinda nervous..haha..wish me luck!

    ReplyDelete
  2. thanks a lot...it's very helpful..i'm nervous actually..with this some tips, it can help me when i'm driving...

    ReplyDelete
  3. Thnks a lot. It really help me in driving as a beginner

    ReplyDelete
  4. Hie to all anonymous! I'm really glad that this entry helps you. Thanks for leaving your comment, appreciate it. Good luck in becoming future drivers :D

    ReplyDelete
  5. Can I know how to change the gear?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Lina! Sorry for the super late reply! Hope that I'm not too late. You can just step on the clutch pedal ALL the way down, and just change the gear on the gear box. Eg. You are in gear 1, step on clutch, change the gear to gear 2. As simple as that :)

      Delete
  6. Macam mana nak kawal kelajuan kereta semasa hendak memasuki simpang kecil?? Boleh tak kalau kita tekan clutch Dan break untuk memperlahankan kereta?? Bila kita kena tukar gear semasa berada di jalanraya?? Kalau kita kena turun bukit semasa ujian di jalanraya kena kawal APA? Kalau guna gear neutral boleh gerak ke kereta??? Mcam mana nak pastikan yang kita tidak akan melanggar garisan di jalanraya sedangkan kita sudah pandang ke depan?? Tolong saya perlukan jawapan secepat mungkin sebab jumaat ni saya kena buat ujian JPJ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai, maaf2. Tuan tanah tak check blog lama dah. I hope u did well for yr JPJ test. Walaupun tak dpt tolong you, I'll reply for the sake of those yang ada soalan yang sama.
      1. Macam mana nak kawal kelajuan kereta - Boleh je tekan clutch and then tekan brake slowly ikut kesesuaian untuk perlahankan kereta
      2. Bila kena tukar gear masa kat jalan raya - Kalau dah meter kereta awak perlukan penukaran gear, tukar. Contoh, awak bawak 35 km/h, awak tuka la gear 2 ke gear 3. Kalau dah capai 45km/hr, tukar ke gear 4.
      3. Guna gear neutral boleh gerak ke kereta - Tak boleh, sebab gear neutral. Jadi kereta mana nak gerak.
      4. Macam mana nak pastikan tak langgar garisan di jalanraya kalau dah pandang ke depan? - Kalau awak pandang ke depan, mesti awak akan secara automatik nampak garisan jalanraya kat depan tu. Masa tu awak pastikan yang awak tak masuk lane orang lain. Maybe sebab awak belum biasa dan masih nervous. It takes practice :)

      Most of the questions boleh dijumpa jawapannya kat entry saya yang latest.
      http://kucengberkaler.blogspot.com/2014/03/new-basic-belajar-kereta-revamp-edition.html

      Delete
  7. ada lagi di sini http://tasks4job.com/?refer=65536

    ReplyDelete
  8. Tq sgt2 utk entri ni sbb sya sgt la tak reti bab mmandu ni. Ada pnjlasan yg detail ni sgt mmbantu. Terima kasih banyak banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome. Glad this entry could help you in any way at all. :)
      Entry latest untuk yang practice bawak kereta:
      http://kucengberkaler.blogspot.com/2014/03/new-basic-belajar-kereta-revamp-edition.html

      Delete
  9. Kuceng berkaler, terima kasih di atas entri ini. saya perlukan teori apabila saya diajar memandu. tanpa penjelasan terlebih dahulu, proses pembelajaran saya menjadi sukar.
    it helps me.

    ReplyDelete
  10. Saya baru belajar mamandu beberapa kali dan masih tidak mahir dalam mengawal kereta. Cikgu yang mengajar saya tu complaint yang saya ni tak pandai kawal stereng elok elok dan saya juga tak sama dengan kawan saya yang seorang lagi yang belajar bersama saya sebab dia tu cepat belajar. Faham faham lah apa yang sebenarnya dia nak cakap(saya ni lambat belajar). Sebab tu lah saya selalu menggelabah dan tidak yakin akan diri saya ni. Harap harap tips yang saya baca tadi dapat membantu saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^^ im in the same situation rn. Thanks for those tips btw tuan punya blog :))

      Delete
  11. Tq for this info..sangat berguna sgt..memndangkan cikgu yg ajar sy memandu tu kasar so sy takut bertanya soalan bila tak faham..kesian sy..tangan slalu kena tepis dh la kuku dia tajam..nasib baik tangan tak luka...huhuhu...anyway..thanks a lot for the tips.

    ReplyDelete
  12. Tqsm for this! Saya pun baru belajar dan agak gelabah bila driving, instructor sy pun mcm bengang je haha. So lepas habis class tu, there were lots of questions on my mind that I couldnt ask the tcher bcs he was sooo garang! But ur blogpost reaaally helps a lottt and has all the answers to my questions! :))) tolong doakan sy pass jpj test bulan depannn huhuhu nervousss

    ReplyDelete
  13. Harap2 entri ni dpt membantu sya utk blajar drive kereta dgn lbh yakin berani dn berjaya..tq share info

    ReplyDelete
  14. Terima kasih blog awak sangat membantu saya...hopefully pass jpj test 2Meiiii

    ReplyDelete
  15. thanks untuk entri ni! membantu sangat untuk persediaan memandu & test JPJ!

    ReplyDelete
  16. Thank you tuan punya blog. rasa sedih sgt bila kena marah dgn cikgu tu. Sy pon mmg tak pernah bawak , mana sy nak tau. Bukannya sy buat2 bengap .bila awal2 masa dia suruh bawak , sy cakap sy tak tau langsung , then dia cakap takpe sy lebih suka ajar budak yang tak tau langsung drpd tau kalau tak budak yg tau tu degil. Lastly and badly sy kena marah jugak . Putus asa la bila pikir balik , hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar la.Manusia mna yg lahir trus pndai.Usaha,berlatih dan belajar tu yg mudah utk kita dpt bljar cepat.Semua org mmg mngalami situasi "FIRST TIME BWA KERETA"..Itu mmg bnar..Aslkn berani.Siapa yg tk pernah mngelabah?Smua org pernah.Slalu kita praktis,Tangn kaki tu akan trbiasa jga.

      Delete
  17. MARCH PROMO: Enjoy Great Value With Up To RM1,300 For These Perodua Cars. Don’t Miss Out!

    http://jessywang.sharethisstory.net/my-1301162-12170

    ReplyDelete
  18. Tq bagi note ni. Sangat bermanfaat

    ReplyDelete